Jangan Malas!

TERBELIAK mata saya membaca akhbar hujung minggu lalu. Ada siswazah sanggup bekerja sebagai amah (pembantu rumah) kerana tiada kerja? Saya musykil. Bukan. Saya saaangat musykil. Dalam laporan tersebut, ada pihak tertentu yang menolak pandangan itu, biarpun mereka sanggup. Selain men'curi' peluang pekerjaan warga asing dan golongan berusia (biasanya tugasan sebagai amah dipikul oleh mereka), sijil ijazah yang digenggam oleh bekas Mahasiswa IPT juga seolah tiada nilai.

Hairan. Saya baru balik dari Jordan lebih kurang 2 bulan. Bermacam-macam laman web jawatan kosong telah saya layari (dengan bimbingan daripada ayah, bimbang tersalah langkah). Bukan satu, tapi berpuluh-puluh jawatan yang ditawarkan! Jika yang menyanggupi itu lulusan bidang agama seperti saya, mungkin saya kurang hairan, kerana biasanya lulusan inilah yang kununnya 'tiada kerja' (tapi sebenarnya ada, hanya kerana... sambung sendiri).

Biarpun banyak yang ditawarkan, bukan mudah untuk saya memohonnya. Kerana tiada kelayakan? Bukan tiada langsung, cuma bukan dalam bidang-bidang yang diperlukan. Apakah sebenarnya yang berlaku? Tiada kerjakah? Atau memilih kerja?







Saya mengesyorkan, kepada siswazah yang tidak sengaja menganggur, bukalah PC dan taiplah apa sahaja yang membolehkan anda berbakti dan memanfaatkan sijil dan ilmu yang anda perolehi. Antara web jawatan kosong yang saya minati adalah malaysian career kerana perfect (bagi saya), diyakini dan terkini.

Dan bagi mereka yang agak 'rajin' hendak mencari, saya cadangkan anda mengisi borang-borang ini - itupun, jika anda berminat dengan profesyen perguruan/pendidikan :

1. Jawatan Kosong KUIS - expired : 30 September
2. Jawatan Kosong MARA - expired : 27 September

Saya teringat perbualan guru-guru semalam tentang kerjaya. Salah seorang dari kami berkata :

"Senakal-nakal kawan akak, sekarang ni kerja bagus. Akak juga yang macam ni (tiada kerja tetap). Orang kampung siap cakap lagi, mesti keputusan rendah je ni. Tu yang tak dapat kerja lagi tu. Akak kalau nak berlagak boleh je cakap, kalau keputusan aku rendah, apesal pinjaman MARA aku tak payah bayar sesen pun? Tapi yelah mulut orang, tak faham.."

Sebenarnya, kerjaya itu rezeki masing-masing. Dan itu bergantung juga kepada usaha. Bukan semua orang goyang kaki dapat kerja (walaupun ada yang dapat free-free). Bila takda usaha bersungguh, itu yang keluar cadangan mahu kerja sebagai amah tu..

Selamat bekerja dan selamat mencari kerja! (ditujukan buat gengku yang kini semuanya bergelar guru sementara, serta kawan-kawan seuniversiti yang masih mencari kerja. kami juga belum ketemu kerja tetap. moga dipermudahkan urusan kita semua. amiin!)

TT - Teringat pesan ayah ketika saya menyuarakan hasrat mahu ber'goyang kaki' sehingga raya. Kata ayah : "Jangan rehat lama-lama, nanti tak laku. Kalau ayah sebagai penemuduga, antara graduan yang berehat 3-4 bulan dengan fresh-graduate, ayah akan pilih yang fresh. Sebab baru grad terus cari kerja. Bukan bermalas-malasan dulu dirumah, mind setting interviewer akan cakap yang orang ni mungkin pemalas..". Tuk! Kena kepala sendiri.. Hehe. Thanks ayah atas amaran~


:: CUKUP BAGIKU ALLAH ::

0 comments: