1001 kisah...

Subhanallah.. Benarlah masa itu kepunyaan Allah.. Biarpun 24 jam sehari dimiliki, namun Allah masih tidak mengizinkan saya untuk meng'update' blog ini.. Sudah hampir memasuki bulan Ramadhan, bermakna hampir setahun (!!) blog ini tidak bertambah isinya..

Janji untuk melakarkan pesanan buat adik2 tahun akhir masih belum tertunai.. Dan hari ini, mereka telah pun menamatkan pengajian! Maafkan akak, adik-adikku.. InsyaAllah andai diizinkan-Nya, akak akan cuba mencoretkan sesuatu untuk kalian sebelum hari konvo. Teringat posting adik Shafiqah saat kami khirrij tahun lalu, hingga menitis air mata.. Tapi, posting akak pastinya lebih 'tegas' dan bersifat nasihat...

Cuti sekolah pertengahan tahun telah seminggu berlalu. Tulisan Mujahid tentang perjalanan ke Petrosains pada musim cuti lepas, yang ingin dikongsi di dalam blog Famili pun masih belum diselitkan.. Sorry, Ayid! Harapnya Mujahid masih mahu menulis tentang perjalanan ke Kolam Air Panas & Cameron Highlands baru-baru ini....




Saya pernah bercita-cita untuk menuliskan pengalaman mengendalikan Kem Solat pada cuti sekolah tahun lalu (kali pertama menjadi fasilitator untuk program luar). Tetapi impian tinggal kenangan sahaja, sehingga saya telah pun mengendalikan Kem Solat untuk kali yang kedua... Aduhh!

Mungkin banyak lagi perkara yang Dia mahu saya laksanakan.. atau mungkin saya perlu memaksimakan penggunaan masa saya.. mungkin juga faktor-faktor lagi yang menghalang seperti ketiadaan internet... Ah, itu semua alasan... Bohonglah kalau saya katakan saya tidak lagi suka menulis. Sedangkan kadang-kadang di pejabat juga saya masih melakarkan tajuk/isu yang ingin dikongsi di sini.. Cuma, tajuk tanpa huraian menyebabkan idea pun melayang...

Moga Allah beri lagi saya kesempatan untuk menjaga blog ini buat tatapan teman-teman dan keluarga. Terima kasih ayah kerana menyuntik semangat saya untuk kembali memeriahkan blog ini...!


:: CUKUP BAGIKU ALLAH ::

0 comments: