Buat fresh graduate Yarmouk...



TAHNIAH buat para graduan Yarmouk.

Pastinya kalian sedang sibuk menguruskan persiapan untuk pulang ke tanahair, yang semestinya shopping merupakan salah satu agenda terpenting. Dengan kotak-kotak kargo yang bersepah di ruang tamu, timbunan barang-barang terpakai yang hendak ditabarru’kan kepada junior-junior yang menanti, perabot-perabot yang sedia dijual, serta jadual yang padat - dengan urusan jami’ah dan konvo, undangan makan-makan daripada sahabat handai dan majlis keraian anjuran persatuan. Bagi yang menunggu masa meletakkan jawatan pula membuat persediaan untuk AGM, agar tiada ‘hutang’ yang ditinggalkan.

Semua ini bagaikan masih segar di ingatan saya.

Sedar tak sedar, hampir setahun sudah saya bergelar graduan. Kini pabila disoal tidak boleh lagi mengaku sebagai ‘fresh graduate’. Kerana sudah tidak fresh. Haha. Hakikat ini diakui bila ada di kalangan adik-adik yang meminta nasihat, bertanya soalan bertubi-tubi tentang kehidupan di Malaysia, dan yang paling kerap adalah meminta pandangan meleraikan kekusutan untuk memilih, samada terus bekerja atau menyambung pengajian.

Memilih

Dalam soal membuat pilihan, saya kurang mahir memberi cadangan. Sifat teknikal saya menjadikan yang bertanya sering saja menerima jawapan cuba awak list down kan dulu, pro and contra antara dua pilihan itu..” Tetapi secara jujurnya, saya juga hanya membuat list dalam kepala, disamping Istikhoroh yang menjadi petunjuk utama serta pandangan-pandangan mak dan ayah. Sebagai menghargai permintaan adik-adik (terharu la jugak masih mahu meminta pandangan akak walaupun sudah tiada di sisi kalian secara zahirnya), akak coretkan juga sesuatu buat kalian..


Jika memilih untuk bekerja…

Bukalah minda bahawa alam pekerjaan adalah alam baru, yang cukup berbeza dari alam kampus. Bekerja menuntut kita mempelajari sesuatu yang baru, tetapi dengan method pembelajaran yang berbeza. Tiada lecture yang diberikan secara khusus. Sebahagian besarnya perlu diraih sendiri. Jika adik memilih untuk menyepikan diri, kuranglah ilmu baru adik-adik, berbanding rakan-rakan yang ligat mencari peluang bertanyakan senior-senior di tempat kerja. Jika bernasib baik, adik akan didatangi rakan sekerja yang rajin mahu memberi tunjuk dan ajar. Ilmu direct dari bos pula bukan selalu diperoleh. Kadang-kala kursus-kursus anjuran tempat kerja juga membantu menambahkan tsaqofah..

Bekerja memerlukan komitmen yang tinggi. Di zaman yang mencabar untuk mendapatkan peluang pekerjaan ini, adik perlu bersaing dengan graduan dari IPT dalam dan luar negara yang lain. Jika tiada kesungguhan yang dipamerkan, alamat hayat kerja mungkin tidak panjang. Selaku fresh graduate, sifat bodoh-bodoh alang memang sepatutnya ada, tapi tidak perlulah terlalu nyata. Jika tidak tahu, bertanya. Habis cerita.

Jika memilih untuk belajar…

Sistem pembelajaran di peringkat Degree berbeza dengan Master. Awas, jangan samakan! Biarpun masih bergelar student, kita tidak lagi di’suap’ oleh para pensyarah. Jika tidak mahu ketinggalan, banyakkan membaca. Ilmu yang diperoleh semasa undergraduate perlu dibawa untuk diperkemaskan di peringkat ini. Assignment dan research sudah menjadi kemestian. Adik perlu berdiri dengan kaki sendiri, tidak lagi boleh bersandar sepenuhnya kepada rakan-rakan. Cabaran terhebat untuk menggenggam ijazah Master adalah memilih tajuk tesis! Phew…

Pengajian berterusan membolehkan adik memantapkan ilmu sedia ada di dada, agar lebih ‘pakar’ dalam pengkhususan masing-masing. Syaratnya cuma satu. Bersungguh. Kalau di peringkat B.A dahulu, masih boleh bernyawa dengan markah cukup-cukup makan. Tetapi peringkat M.A memerlukan kesungguhan secara total.

Mengapa berbeza…?

Ada yang bertanya, mengapa berbeza antara hasrat yang pernah saya lafazkan di Jordan dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya hanya tersenyum. Kerana itulah saya akan akhiri setiap pesanan saya dengan : “Apa pun yang awak nak buat selepas ini, balik dulu Malaysia, jumpa mak ayah, take your time and discuss balik dengan mereka face to face.” Sekadar berbincang jarak jauh memang tidak menjanjikan kepuasan dalam membuat keputusan..

Kepada para graduan, selamat membuat keputusan! Yakinlah dengan rezeki yang telah Allah aturkan, biar apa pun pilihan adik-adik selepas ini..

Bittaufiq :D



:: CUKUP BAGIKU ALLAH ::

0 comments: